Masalah boleh berlaku, dan kadang-kadang anda tidak boleh menjadi hos seperti yang dirancang. Tempahan terdahulu tidak boleh diubah, tetapi untuk mengedit tempahan yang disahkan atau aktif, hantar permohonan perubahan perjalanan kepada tetamu anda yang mencadangkan tarikh, harga, atau bilangan tetamu baharu anda. Anda juga boleh mencadangkan mereka menginap di tempat lain, jika anda ada lebih daripada satu penyenaraian.
Jika tetamu anda telah menghantar permohonan perubahan perjalanan kepada anda, ketahui cara menjawab permohonan perubahan perjalanan tetamu anda dan atau cara menolak permohonan perubahan perjalanan.
Sekiranya tetamu menolak atau tidak menjawab, tempahan akan kekal tidak berubah.
Jika anda menghantar permohonan perubahan perjalanan dan tetamu anda belum menjawabnya, cuba hantar mesej kepada mereka untuk mengingatkan mereka supaya menyemak permohonan anda.
Perlu diingat: Tetamu anda boleh memilih untuk menolak permohonan perubahan perjalanan. Jika mereka menolak dan anda tidak dapat menerima penginapan semasa mereka, anda perlu batalkan tempahan mereka.
Jika mereka menerimanya, ia akan dikemas kini dengan butiran baharu anda. Jika harga berubah, mereka akan dikenakan bayaran atau dibayar balik jika perlu.
Dalam kebanyakan kes, kaedah bayaran asal tetamu akan dicaj secara automatik. Untuk sesetengah kaedah bayaran, tetamu akan diminta untuk menghantar bayaran dalam masa 48 jam. Jika bayaran mereka tidak berjaya dihantar, perubahan akan ditolak secara automatik dan tempahan akan kembali kepada keadaan asal.
Jika anda meminda tarikh tempahan, harga tempahan asal mungkin berubah. Sebarang perubahan kepada bilangan tetamu mungkin menyebabkan kenaikan atau penurunan harga tempahan asal, bergantung pada tetapan yuran tetamu tambahan pada masa tempahan dibuat.
Jumlah asal dan jumlah baharu akan ditunjukkan kepada tetamu sebelum mereka menerima permohonan perubahan perjalanan anda. Jika kos perjalanan mereka berubah dan mereka bersetuju dengan perubahan tersebut, mereka akan dikenakan bayaran atau dibayar balik, jika perlu.
Jika tempahan diubah daripada penginapan bulanan kepada 27 malam atau kurang (penginapan yang lebih singkat), polisi pembatalan standard yang telah anda pilih untuk penyenaraian anda akan terpakai untuk pindaan atau pembatalan akan datang yang dibuat kepada tempahan yang dikemas kini.
Jika tempoh tempahan diubah dan penginapan yang bertempoh 27 malam atau kurang menjadi penginapan bulanan selama 28 malam atau lebih, polisi pembatalan jangka panjang yang telah anda pilih untuk penyenaraian anda akan terpakai untuk pindaan atau pembatalan akan datang yang dibuat kepada tempahan yang dikemas kini.
Jika penginapan bulanan dipinda, tetapi ia kekal bertempoh 28 malam atau lebih, polisi pembatalan jangka panjang anda masih akan terpakai kepada tempahan, tanpa mengira sebarang perubahan tarikh yang terhasil daripada permohonan perubahan perjalanan.
Jika penginapan selama 27 malam atau kurang dipinda, tetapi ia kekal sebagai penginapan yang lebih singkat, polisi pembatalan standard anda masih akan terpakai untuk pindaan atau pembatalan akan datang yang dibuat kepada tempahan yang dikemas kini.
Jika anda tidak boleh menerima tetamu di penginapan yang mereka tempah, tetapi boleh menempatkan mereka di penginapan anda yang lain, anda perlu bertanya sama ada mereka bersetuju sebelum menghantar permohonan perubahan perjalanan:
Jika tempahan adalah untuk penginapan yang lebih singkat (27 malam atau kurang), polisi pembatalan untuk tempahan tetamu di penyenaraian baharu akan kekal sama seperti polisi pembatalan yang terpakai kepada tempahan asal tetamu. Ini akan terpakai walaupun anda telah memilih polisi pembatalan yang berbeza untuk penyenaraian tersebut.
Anda hanya boleh mengubah penyenaraian tetamu anda menggunakan permohonan perubahan perjalanan jika penyenaraian baharu tersebut ada pada akaun hos anda. Jika penyenaraian baharu tersebut ada pada akaun hos bersama, anda perlu membatalkan tempahan asal dan meminta tetamu membuat tempahan baharu.
Mengubah tempoh tempahan boleh memberi kesan kepada sama ada tetamu anda masih layak mendapat kadar diskaun mingguan atau bulanan.
Jika tetamu anda menempah dengan prakelulusan yang anda hantar, sebarang perubahan kepada tempahan bermaksud bahawa harga akan dikira semula seolah-olah ia tempahan baharu.
Anda masih boleh menawarkan harga yang sama kepada tetamu anda seperti prakelulusan asal mereka. Anda boleh mengubah suai harga, berserta dengan tarikh tempahan, dalam permohonan perubahan perjalanan yang sama. Pastikan anda memaklumkan semua ini kepada mereka.
Apabila permohonan perubahan perjalanan diterima, cukai untuk tempahan sentiasa dikira semula untuk mengambil kira syarat cukai yang tepat dan terkini untuk lokasi penyenaraian.
Anda tidak boleh membuat perubahan jika tetamu telah mendaftar keluar. Jika anda perlu mengendalikan permohonan berkaitan wang, anda boleh menghantar wang kepada tetamu anda atau memohon bayaran daripada mereka di Pusat Resolusi.
Perlu diingat bahawa anda hanya boleh menghantar satu permohonan perubahan untuk tempahan pada satu masa. Setelah perubahan dibuat, sebarang perubahan kemudian mesti melalui proses ini sekali lagi sebagai permohonan baharu.
Ada kesilapan? Anda tidak boleh mengubah suai permohonan perubahan perjalanan selepas menghantarnya, tetapi anda boleh membatalkannya dan menghantar yang baharu.
Jika tempahan adalah untuk 28 malam atau lebih, polisi pembatalan jangka panjang terpakai. Apabila permohonan perubahan perjalanan dihantar untuk penginapan bulanan, perubahan boleh berlaku secara automatik tanpa memerlukan kelulusan jika:
Jika penginapan bulanan dipendekkan kepada tempoh 27 malam atau kurang (penginapan yang lebih singkat), tetamu bertanggungjawab untuk membuat bayaran bagi 30 hari yang berikutnya dari hari pindaan, atau sehingga penghujung tempahan jika hari yang berbaki kurang daripada 30 hari.
Setelah tempahan dipinda daripada penginapan bulanan kepada 27 malam atau kurang (penginapan yang lebih singkat), polisi pembatalan standard yang telah anda pilih akan terpakai untuk pindaan atau pembatalan akan datang yang dibuat kepada tempahan yang dikemas kini.