Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Cara • Hos penginapan

Polisi pembatalan untuk penginapan anda

Mulai 1 Oktober 2025, semua polisi pembatalan standard untuk penginapan yang lebih pendek (kurang daripada 28 malam) akan termasuk tempoh pembatalan 24 jam yang membolehkan tetamu membatalkan tempahan sehingga 24 jam selepas tempahan disahkan untuk mendapatkan bayaran balik penuh, asalkan tempahan disahkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum daftar masuk (berdasarkan waktu tempatan penyenaraian).

Kadang-kadang masalah timbul dan tetamu terpaksa membatalkan tempahan. Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, anda boleh memilih polisi pembatalan untuk penginapan anda: satu untuk penginapan jangka pendek dan satu untuk penginapan jangka panjang. Apabila anda bersedia untuk berbuat demikian, ketahui cara menetapkan polisi pembatalan penyenaraian anda.

Apabila memilih polisi pembatalan untuk penginapan anda, pastikan polisi pembatalan yang anda pilih mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.

“Bayaran balik penuh” merujuk kepada harga yang anda tetapkan untuk penyenaraian anda. Bayaran balik untuk yuran tetamu Airbnb bergantung pada beberapa faktor.

Masa pembatalan dan pengesahan tempahan sentiasa berdasarkan zon waktu tempatan penyenaraian.

Untuk tempahan yang dibuat sebelum 21 April 2025, anda tidak akan dibayar yuran pembersihan jika tetamu membatalkan tempahan sebelum daftar masuk.

Nota: Jika anda menjadi hos untuk penyenaraian di Argentina, Kanada, Chile, Colombia, Maghribi, Belanda, Filipina, Poland, Afrika Selatan, Sweden dan Turkiye, sila rujuk halaman kemas kini polisi pembatalan.

Perubahan kepada polisi pembatalan standard berkuat kuasa pada 1 Oktober 2025

Mulai 1 Oktober 2025, semua polisi pembatalan standard untuk penginapan yang lebih pendek (kurang daripada 28 malam) akan termasuk tempoh pembatalan 24 jam yang membolehkan tetamu membatalkan tempahan sehingga 24 jam selepas tempahan disahkan untuk mendapatkan bayaran balik penuh, asalkan tempahan disahkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum daftar masuk (berdasarkan waktu tempatan penyenaraian).

Kami memperkenalkan polisi Terhad baharu, yang membolehkan tetamu membatalkan tempahan sehingga 14 hari sebelum daftar masuk untuk mendaptkan bayaran balik penuh.

Polisi Ketat tidak akan tersedia lagi untuk penyenaraian baharu. Mana-mana penyenaraian semasa dengan polisi Ketat akan ditukar kepada Tegas, melainkan anda menarik diri dan memilih untuk mengekalkan polisi Ketat selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2025.

Polisi pembatalan standard untuk penginapan yang lebih pendek (untuk tempahan yang ditempah pada atau selepas 1 Oktober 2025)

Polisi pembatalan standard anda akan terpakai kepada semua tempahan selama 27 malam berturut-turut atau kurang. Semua polisi pembatalan standard akan termasuk tempoh pembatalan 24 jam yang membolehkan tetamu membatalkan tempahan sehingga 24 jam selepas tempahan disahkan untuk mendapatkan bayaran balik penuh, asalkan tempahan disahkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum daftar masuk (berdasarkan waktu tempatan penyenaraian).

  • Fleksibel
    • Tetamu boleh membatalkan tempahan sehingga 24 jam sebelum daftar masuk untuk mendapatkan bayaran balik penuh, dan anda tidak akan dibayar
    • Jika mereka membuat pembatalan selepas itu, anda akan dibayar untuk setiap malam mereka menginap, serta satu malam tambahan.
  • Sederhana
    • Tetamu boleh membatalkan tempahan sehingga 5 hari sebelum daftar masuk untuk mendapatkan bayaran balik penuh, dan anda tidak akan dibayar
    • Jika mereka membuat pembatalan selepas itu, anda akan dibayar untuk setiap malam mereka menginap, berserta 1 malam tambahan dan 50% untuk semua malam yang tidak diinap.
  • Terhad (tersedia untuk tempahan yang dibuat pada atau selepas 1 Oktober 2025)
    • Tetamu boleh membatalkan tempahan sehingga 14 hari sebelum daftar masuk untuk mendapatkan bayaran balik penuh, dan anda tidak akan dibayar
    • Jika mereka membuat pembatalan antara 7 hingga 14 hari sebelum daftar masuk, tetapi selepas tempoh pembatalan 24 jam, anda akan dibayar 50% untuk semua malam
    • Jika mereka membatalkan tempahan kurang daripada 7 hari sebelum daftar masuk, anda akan dibayar 100% untuk semua malam.
    • Tegas
      • Tetamu boleh membatalkan tempahan sehingga 30 hari sebelum daftar masuk untuk mendapatkan bayaran balik penuh, dan anda tidak akan dibayar
      • Jika mereka membuat pembatalan antara 7 hingga 30 hari sebelum daftar masuk, tetapi selepas tempoh pembatalan 24 jam, anda akan dibayar 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membatalkan tempahan kurang daripada 7 hari sebelum daftar masuk, anda akan dibayar 100% untuk semua malam.

    Polisi pembatalan standard berikut hanya tersedia kepada hos tertentu:

    • Ketat
      • Jika tetamu membuat pembatalan 7 hari atau lebih sebelum daftar masuk, tetapi selepas tempoh pembatalan 24 jam, anda akan dibayar 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membatalkan tempahan kurang daripada 7 hari sebelum daftar masuk, anda akan dibayar 100% untuk semua malam
    • Sangat Ketat 30 hari
      • Jika tetamu membuat pembatalan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum daftar masuk, tetapi selepas tempoh pembatalan 24 jam, anda akan dibayar 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membuat pembatalan kurang daripada 30 hari sebelum daftar masuk, tetapi selepas tempoh pembatalan 24 jam, anda akan dibayar 100% untuk semua malam
    • Sangat Ketat 60 hari
      • Jika tetamu membuat pembatalan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum daftar masuk, tetapi selepas tempoh pembatalan 24 jam, anda akan dibayar 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membuat pembatalan kurang daripada 60 hari sebelum daftar masuk, tetapi selepas tempoh pembatalan 24 jam, anda akan dibayar 100% untuk semua malam

    Polisi pembatalan standard untuk penginapan yang lebih pendek (untuk tempahan yang ditempah sebelum 1 Oktober 2025)

    Polisi pembatalan standard anda akan terpakai kepada semua tempahan selama 27 malam berturut-turut atau kurang. Anda boleh memilih salah satu polisi pembatalan standard berikut:

    • Fleksibel
      • Tetamu boleh membatalkan tempahan sehingga 24 jam sebelum daftar masuk untuk mendapatkan bayaran balik penuh, dan anda tidak akan dibayar
      • Jika mereka membuat pembatalan selepas itu, anda akan dibayar untuk setiap malam mereka menginap, serta satu malam tambahan.
    • Sederhana
      • Tetamu boleh membatalkan tempahan sehingga 5 hari sebelum daftar masuk untuk mendapatkan bayaran balik penuh, dan anda tidak akan dibayar
      • Jika mereka membuat pembatalan selepas itu, anda akan dibayar untuk setiap malam mereka menginap, berserta 1 malam tambahan dan 50% untuk semua malam yang tidak diinap.
    • Tegas
      • Untuk menerima bayaran balik penuh, tetamu mesti membatalkan tempahan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum daftar masuk
      • Jika mereka membuat pembatalan antara 7 hingga 30 hari sebelum daftar masuk, anda akan dibayar 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membatalkan tempahan kurang daripada 7 hari sebelum daftar masuk, anda akan dibayar 100% untuk semua malam.
      • Tetamu juga boleh mendapatkan bayaran balik penuh jika mereka membatalkan tempahan dalam masa 48 jam selepas membuat tempahan selagi pembatalan berlaku sekurang-kurangnya 14 hari sebelum daftar masuk.
    • Ketat
      • Untuk menerima bayaran balik penuh, tetamu mesti membatalkan tempahan dalam masa 48 jam selepas membuat tempahan dan pembatalan mesti berlaku sekurang-kurangnya 14 hari sebelum daftar masuk
      • Jika mereka membuat pembatalan 14 hari atau lebih sebelum daftar masuk tetapi bukan dalam tempoh 48 jam selepas membuat tempahan, anda akan dibayar 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membuat pembatalan antara 7 hingga 14 hari sebelum daftar masuk, anda akan dibayar 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membuat pembatalan selepas itu, anda akan dibayar 100% untuk semua malam

    Polisi pembatalan standard berikut hanya tersedia melalui jemputan kepada hos tertentu:

    • Sangat ketat 30 hari
      • Tetamu mesti membuat pembatalan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum daftar masuk untuk menerima bayaran balik 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membuat pembatalan selepas itu, anda akan dibayar 100% untuk semua malam
    • Sangat ketat 60 hari
      • Tetamu mesti membatalkan tempahan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum daftar masuk untuk menerima bayaran balik 50% untuk semua malam
      • Jika mereka membuat pembatalan selepas itu, anda akan dibayar 100% untuk semua malam

    Polisi pembatalan jangka panjang untuk penginapan bulanan

    Polisi pembatalan jangka panjang anda akan terpakai kepada penginapan bulanan, iaitu tempahan selama 28 malam berturut-turut atau lebih. Anda boleh memilih salah satu polisi pembatalan jangka panjang berikut:

    • Tegas
      • Untuk menerima bayaran balik penuh, tetamu mesti membatalkan tempahan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum daftar masuk
      • Jika tetamu membuat pembatalan selepas tempoh tersebut, anda akan dibayar 100% untuk semua malam yang diinap, serta 30 malam tambahan
      • Jika kurang daripada 30 malam berbaki pada tempahan semasa tetamu membuat pembatalan, anda akan dibayar 100% untuk semua malam yang tinggal
    • Ketat
      • Untuk menerima bayaran balik penuh, tetamu mesti membatalkan tempahan dalam masa 48 jam selepas membuat tempahan dan pembatalan mesti berlaku sekurang-kurangnya 28 hari sebelum daftar masuk
      • Jika tetamu membuat pembatalan selepas itu, anda akan dibayar 100% untuk malam yang telah diinap, serta 30 malam seterusnya daripada tempahan
      • Jika kurang daripada 30 malam berbaki pada tempahan semasa tetamu membuat pembatalan, anda akan dibayar 100% untuk semua malam yang tinggal

      Tawarkan kepada tetamu pilihan tanpa bayaran balik dengan diskaun untuk penginapan yang lebih singkat

      Apabila anda menetapkan polisi pembatalan standard anda untuk penginapan kurang daripada 28 malam, anda boleh memilih untuk menawarkan pilihan tanpa bayaran balik. Pilihan tanpa bayaran balik membolehkan tetamu menempah pada kadar diskaun yang tidak tertakluk pada polisi pembatalan standard anda. Jika mereka membatalkan tempahan, mereka tidak akan dibayar balik.

      Ketahui lebih lanjut tentang cara menawarkan kepada tetamu anda pilihan tanpa bayaran balik untuk kadar diskaun.

      Bila polisi pembatalan anda boleh diatasi untuk memberi bayaran balik tetamu

      Polisi pembatalan anda boleh diatasi dalam situasi tertentu, dan tetamu anda mungkin boleh membatalkan tempahan untuk mendapatkan bayaran balik. Ketahui lebih lanjut mengenai bila polisi pembatalan anda boleh diatasi.

      Kes khas di mana polisi pembatalan yang berbeza mungkin terpakai


        Jika polisi pembatalan anda tidak diterangkan dalam artikel ini

        Kadangkala kami menguji polisi pembatalan baharu. Jika anda tidak dapat mencari keterangan mengenai polisi pembatalan anda dalam artikel ini, sila rujuk butiran tempahan untuk tempahan tersebut.

        Adakah artikel ini membantu?

        Artikel berkaitan

        Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
        Log masuk atau daftar